Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Saturday, October 8, 2011

Budget 2012 - RM 420juta Langkawi - Komen dari Datuk Abu Bakar Taib - Ahli Parlimen Langkawi

Langkawi-updates.blogspot.com telah menghubungi Datuk Bakar berkenaan komen beliau tentang peruntukan khusus 420 Juta utk Langkawi & berkenaan pelan pelancongan utk Langkawi.

Berikut adalah SMS yg diterima daripada Datuk Paduka.. 
--

Alhamdulillah...

Bajet tahun 2012 adalah merupakan mesra rakyat di peringkat, kawasan, negeri & saya bagi pihak seluruh penduduk Langkawi amat bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri yang telah memberikan perhatian khusus terhadap pembangunan pelancungan di Langkawi. 


Saya percaya ia akan melonjakkan pendapatan negara menerusi pelancungan & meletakkan Langkawi sebagai pusat pelancungan yg terulung di Malaysia dan di Antarabangsa. 


Saya juga percaya dengan peruntukan RM 420 juta, memperkemas dan merombak LADA maka wang sebanyak itu sudah tentu akan memberi nafas baru kepada pembangunan Langkawi. 


Kita di Langkawi hendaklah berkerja keras utk merealisasikan harapan kerajaan.


Terima Kasih


Yang Amat Berhormat 
Datuk Paduka Abu Bakar Taib 
Ahli Parlimen Langkawi

No comments: