Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, October 22, 2009

Lelaki khalwat kali kedua hampir pitam

LANGKAWI: Sepasang kekasih yang ‘kemaruk seks’ nampaknya tidak serik dan insaf apabila dicekup buat kali kedua di sebuah bilik sewa di pekan Kuah di sini, awal pagi kelmarin, meskipun mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah syariah kerana kesalahan berkhalwat lima bulan lalu. Pasangan berusia 19 dan 36 tahun itu dicekup dalam operasi Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (Padal), kira-kira jam 1 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Lelaki dari Sarawak yang bertugas dalam pasukan keselamatan itu didapati sudah ada isteri serta anak, tetapi ditinggalkan di negeri kelahirannya. Bagaimanapun, pasangannya yang berasal dari Changlun, dekat sini, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini dan mendakwa mengenali lelaki itu sejak setahun lalu.

Ketika disoal siasat pegawai unit penguatkuasaan itu, lelaki terbabit didapati hampir pitam kerana terlalu takut akibat ditahan kali kedua selain bimbang perbuatannya diketahui isteri serta keluarga di kampung.

Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya melancarkan operasi membabitkan lima penguat kuasa dan dibantu penguat kuasa awam bergegas ke sebuah bangunan yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa. Beliau berkata, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan di lima bilik sewa di situ, tetapi hanya satu daripadanya dikesan disewa pasangan belum berkahwin.

“Selepas mengetuk pintu serta memberi salam beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek tanpa baju membuka pintu dan membenarkan kami masuk untuk membuat pemeriksaan.“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita yang memakai baju tidur baring di atas selimut tebal dalam keadaan takut,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Saiful Aswad berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan sah atau mahram.

MyMetro

Anaklangkawi :-
Tangkap jgn tak tangkap..

No comments: